Menilai Strategi Semasa Yang Dilaksanakan Oleh Syarikat Citra Aneka
Enterprise (D’Mas)
Kawalan
Mutu.
- Kawalan mutu air minuman adalah penting untuk memastikan mutu air minum yang dibekalkan kepada pelanggan adalah bermutu dan selamat serta mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh kementerian kesihatan Malaysia. Ini adalah bertujuan untuk melindungi pengguna daripada ancaman penyakit-penyakit bawaan air akibat meminum air yang tercemar dan tidak bersih
Tenaga
Mahir.
Ø
Tenaga
kerja mahir meliputi tenaga kerja yang mempunyai daya saing, mutu kerja yang
berkualiti, seterusnya dapat melahirkan pelapis atau generasi yang mampu
melahirkan hasil kerja yang lebih berkualiti dan kompetetif.
Ø
Kini,
Malaysia merupakan antara Negara yang mempunyai pasaran tenaga kerja mahir yang
terbaik di ASEAN berikutan tenaga kerja tempatan terlatih dan mudah dilatih.
Laopran bank dunia juga menunjukkan statistik tenaga kerja tempatan berkurangan
di dalam bidang yang melibatkan tenaga kerja kurang mahir. Kerajaan juga
berusaha meningkatkan tenaga kerja mahir dengan menyediakan kemudahan kepada
mereka menerusi lebih peluang pekerjaan dalam bidang berkemahiran tinggi.
Penjenamaan Produk.
Teknologi yang relevan boleh memberikan impak positif jika digunakan
dalam sesebuah perniagaan. Selain menjadi komponen penting dalam pernniagaan, perhubungan
harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Malah, jika
penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing samada di
peringkat tempatan dan global
Penjenamaan Produk.
Ø
Penjenamaan
(branding) dalam kamus Oxford bermaksud pemberian nama atau imej ke atas
barangan atau servis supaya orang tertarik untuk membelinya. Jenama dan
penjenamaan adalah salah satu aspek terpenting dalam perniagaan dan kehidupan
seharian kita. Proses penjenamaan bermula dengan memilih nama yang baik.
Penjenamaan adalah satu sentimen dan perspektif yang diletakkan oleh masyarakat
ke atas penrniagaan kita. Tiga unsur utama yang penting dalam satu-satu
penjenamaan selepas pemilihan nama adalah dikenali, disukai dan dipercayai.
Ø
Jika
tiga unsur ini ada pada satu-satu jenama, maka jenama ini berada di landasan
yang betul untuk berjaya. Pelanggan tidak akan teragak-agak untuk membayar
lebih jika apa yang mereka akan beli ini tidak mempunyai risiko yang merugikan
mereka. Dalam era yang moden, jenama dilihat sebagai satu instrumen yang
penting dalam pemasaran sesebuah perniagaan. Jenama adalah satu-satunya cara
paling efektif dalam menguasai pasaran sesuatu produk. ini kerana, jenama akan
membantu membentuk identiti syarikat dan produk.
Teknologi.
Ø
Perkatataan
teknologi yang berasal dari ‘Greek’ ini membawa maksud seni, kemahiran, rekaan
yang bermaksud ‘pembelajaran kajian’. Takrifan teknologi ini adalah pembangunan
dan penggunaan alatan, mesin, bahan mentah dan proses untuk menyelesaikan
masalah manusia. Dari sudut ekonomi pula, teknologi dilihat sebagai tahap
pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang
dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita
berubah.
Penggunaan
ICT.
Ø
Penggunaan
ICT merupakan kaedah pemasaran yang dijangka dapat memudahkan, mempercepatkan
penyaluran maklumat dan hebahan kepada umum iaitu menggunakan internet sebagai
media akan menjadi kaedah tambahan kepada kaedah pamasaran perniagaan yang
sedia ada. Mengaplikasikan ICT dalam perniagaan adalah antara pemangkin kepada
kejayaan dan keberkesanan mana-mana operasi perniagaan.
Ø
Antara
kaedah pemasaran maya secara ICT ialah menggunakan laman web, kaedah sebaran
SMS, dan menggunakan e-mail. Dengan menggunakan unsur-unsur ICT pemasaran
tersebut, pengembangan rangkaian pelanggan yang dijangkakan boleh meningkat
dengan mendadak. Ia akan turut juga mengembangkan pemasaran dengan mendadak.
Dengan menggunakan kaedah ini, mereka tidak akan ketinggalan, samada dari segi
capaian maklumat. Penggunaan kepada ICT perlu menjadi teras kepada perniagaan