Matlamat kajian adalah untuk
meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan
perkongsian pengetahuan dan pelaksanaannya dalam pengurusan pengetahuan.
Melalui kajian ini, syarikat dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang
faktor-faktor yang mempengaruhi perkongsian pengetahuan dan seterusnya dapat
membantu pelaksanaannya.Perniagaan
yang hendak dijalankan samada yang berorentasikan barangan atau
perkhidmatan adalah memerlukan
kepada satu kaedah pengurusan operasi yang sempurna. Aspek tersebut sangat
penting dalam menentukan berjaya atau tidaknya sesebuah perniagaan tersebut.
Dari itu, pengurus memainkan peranan yang sangat penting dalam menjayakan
pengurusan operasi ini.
Satu aspek penting perancangan ialah membuat
keputusan, iaitu proses membentuk dan memilih suatu jalan tindakan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah yang tertentu. Keputusan mestilah dibuat pada
banyak ketika dalam proses perancangan. Para pengurus mesti memutuskan telahan
yang manakah dalam hal-hal ekonomi dan tindakan para pesaing yang
berkemungkinan menjadi paling tepat. Analisa mesti dibuat terhadap
sumber-sumber organisasi dan memutuskan bagaimana memperuntukkannya untuk
mencapai matlamat-matlamat dengan cara yang paling berkesan.
Antara aliran atau langkah
pelaksanaan strategi yang boleh dilakukan oleh Citra Aneka Enterprise ialah
menggunakan e-marketing,pengiklanan dan promosi jualan. Hal ini demikian
kerana,kaedah ini dilakukan melalui medium perantaraan yang telus serta
merupakan satu kaedah komunikasi bagi kilangnya untuk sampai kepada sasarannya.
Selain itu ia menawarkan pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang mampu
mempengaruh kilangnya untuk membuat pengiklanan secara online. Antaranya aliran
dan langkah perlaksanaannya ialah:-
1 E-Marketing
E-marketing adalah pemasaran
produk atau perkhidmatan melalui internet , e-marketing juga dikenali sebagai
i-marketing, web marketing ataupan online-marketing.Pemasaran internet semakin
meluas dalam lingkungan e-mail dan media tanpa wayar. penghantaran email ini
bukan dilakukan secara manual tetapi dengan menggunakan perisian yang dinamakan
autoresponder. Autoresponder ini boleh hantar mesej kepada ratusan dan ribuan
email pada satu-satu masa dan inilah caranya untuk melakukan promosi melalui
email.Cara promosi ini amat sesuai jika diguna pakai oleh Citra Aneka
Enterprise untuk membina hubungan berterusan dengan pengguna.
2 Pengiklanan
Suatu bentuk komunikasi yang bukan peribadi dan berbayar ditujukan kepada
pihak- pihak tertentu melalui media massa iaitu bercetak atau elektronik
seperti televisyen,radio, suratkhabar, majalah dan internet.Contohnya Citra
Arena Enterprise boleh menggunakan
medium ini sebagai platform syarikat untuk menarik pelanggan kerana ia
bukan sahaja tidak melibatkan kos yang mahal,malahan liputan pasaran
baik,penerimaan meluas serta menarik perhatian.
3 Promosi Jualan
Promosi
jualan menawarkan insentif jangka pendek untuk menggalakkan pembelian atau
jualan sesuatu produk atau perkhidmatan. Kunci utama pertumbuhan promosi jualan
adalah disebabkan oleh peningkatan persaingan dan pengurangan perbezaan antara produk.
Penurunan keberkesanan pengiklanan juga menyebabkan banyak syarikat menggunakan
promosi jualan. Tujuan utama promosi jualan adalah untuk mendapatkan pelanggan
jangka pendek. Walau bagaimanapun, terdapat juga promosi jualan yang bertujuan
untuk membina perhubungn dengan pelanggan.
Rasional Dan Pembaikan Yang Mungkin Untuk
Mencapai Selepas Pelaksanaan
Antara kejayaan yang akan tercapai hasil daripada
pelaksanaan keadah-kaedah di atas, pemasaran produk
dan perkhidmatan adalah amat penting bagi semua jenis perniagaan. pemasaran
bererti memperkenalkan sesuatu produk atau perkhidmatan. Tanpa sistem pemasaran
yang sistematik, produk yang baik tidak dapat dipasarkan dengan meluas dan
merugikan pihak yang menghasilkan produk tersebut. Sebelum kaedah pemasaran
melalui internet meningkat secara drastik, perniagaan konversional lebih
menumpukan cara pemasarannya melalui khidmat jurujual ataupun pegawai pemasaran
yang dilantik untuk memasarkan produk mereka. Bagi firma perniagaan yang lebih
besar, kaedah pemasaran seperti pengiklanan melalui media2 massa seperti
akhbar, majalah mahupun pengiklanan melalui televisyen. Kesemua ini memakan kos
yang tinggi dan mempunyai kos penyelenggaraan yang sentiasa berulang. Dengan
perkembangan dunia teknologi maklumat ataupun dikenali juga sebagai ICT, cara
pemasaran telah pun berubah di mana firma perniagaan telah berpeluang
memasarkan produk mereka melalui laman web yang dibangunkan oleh pembangun
sistem. Masyarakat terutamanya di Malaysia hari ini sudah mula mengakui
keberkesanan penggunaan internet bagi medium pemasaran yang baru. Kini, banyak
syarikat tempatan mula mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka di internet.
Malah pada hari ini juga kita dapat lihat di mana orang perseorangan juga dapat
memasarkan produk mereka melalui internet. Samada kita menyedari atau tidak,
internet sebenarnya merupakan industri yang paling pantas berkembang masa kini.
Dalam usaha untuk meningkatkan
lagi status dan kemampuan IKS untuk bersaing dengan industri-industri yang
lebih besar. IKS juga boleh mengaplikasikan teknologi maklumat dalam perniagaan
mereka. Sebagaimana yang kita telah ketahui, penggunaan teknologi maklumat
telah lama dipraktikkan di negara-negara maju seperti di Amerika Syarikat,
Jepun dan negara-negara Eropah yang lain. Oleh yang demikian, sudah sampai
masanya untuk pengusaha-pengusaha tempatan mengaplikasikan teknologi maklumat
dalam perniagaan mereka dalam usaha untuk meningkatkan daya saing dan keberkesanan
dalam pengurusan. Dengan teknologi maklumat, IKS dapat mengakses maklumat dari
semasa ke semasa berkaitan dengan perniagaan dengan lebih meluas. Maklumat yang
telah diakses tersebut sedikit sebanyak dapat membantu IKS untuk menghadapi
persaingan dengan industri-industri lain yang berkembang bak cendawan tumbuh
selepas hujan. IKS juga dapat menggunakan kelebihan yang ada untuk mendapatkan
peluang-peluang perniagaan yang lebih besar serta untuk mendapatkan potensi
perniagaan yang lebih baik. Disamping itu, idea-idea yang lebih kreatif boleh
dicetuskan supaya kaedah atau cara yang lebih baru boleh digunakan untuk
memperbaiki operasi perniagaan selain dapat menambah baik proses keseluruhan
melalui penggunaan kaedah khusus untuk sistem dan proses perniagaan yang lebih
cekap.
Secara umumnya,Pengurusan
perniagaan ini bukan sahaja merupakan satu perkara yang penting kepada pihak
pengurusan sahaja tetapi pengurusan perniagaan ini merupakan satu perkara yang
penting kepada semua pihak yang terlibat dalam syarikat-syarikat tempatan dan
syarikat multinasional kerana menjalankan perancangan dalam pengoperasian
syarikat-syariakat tempatan dan syarikat-syarikat multinasional dan memastikan
perancangan tersebut berjaya dilaksanakan bukan sahaja melibatkan pihak pengurusan
syarikat-syarikat tersebut sahaja tetapi melibatkan semua pihak yang berada
dalam syarikat-syarikat tersebut. Sekiranya pihak pengurusan sahaja yang mahir
dalam pengurusan perniagaan tetapi pihak lain tidak mahir dalam penguirusan
perniagaan perancangan yang dilakukan oleh pihak pengurusan mungkin tidak akan
dapat di laksanakan dengan sempurna juga. Ini membuktikan pengurusan perniagaan
merupakan satu aspek yang penting yang dapat mempengaruhi perancangan
syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional kerana jika
semua pihak tidak mahir dalam pengurusan perniagaan syarikat-syarikat tersebut
mungkin tidak dapat melakukan perancangan yang baik dan mungkin akan
menyebabkan berlakunya kerugian dalam syarikat-syarikat tersebut.