PROFIL SYARIKAT




Profil Syarikat Citra Aneka Enterprise

Citra Aneka Enterprise merupakan syarikat 100% bumiputera. Citra Aneka Enterprise mula di tubuhkan pada 2004 dan diterajui oleh Hj Mohamed Bin Hussin. Beliau bertindak sebagai pengurus dan isterinya sebagai penolong pengurus kepada syarikatnya Cintra Aneka Enterprise. Hj Mohamed Bin Hussin memulakan perniagaan secara kecil-kecil dan berkembang dengan menggunakan modal sebanyak RM130 000. Citra Aneka Enterprise mempunyai prinsip yang tersendiri iaitu tidak berhutang. Citra Aneka Enterprise pernah pernah mengikuti program masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera (MPPB) dan diberi bantuan label bernilai lebih RM 20,000. Syarikat ini menggunakan label D’mas di ambil sempena nama Hasnah baba penolong pengurus syarikat. Citra Aneka Enterprise merupakan  pengeluar dan pengedar minuman Kordial berperisa Buah-buahan dan juga menjalankan kursus-kursus dalam bidang teknologi makanan.
Citra Aneka Enterprise juga menjalankan perundingcara untuk usahawan yang ingin membuka perniagaan samada berskala kecil-kecilan, sederhana atau besar di dalam bidang perusahaan makanan. Tenaga pengajar Citra Aneka Enterprise iaitu Hj Mohamed Bin Hussin merupakan seorang bekas Pegawai MARDI, Serdang. Beliau telah berpengalaman lebih 35 tahun dalam bidang teknologi makanan di MARDI. Semasa berkhidmat di MARDI,Beliau telah banyak membimbing usahawan-usahawan di seluruh Malaysia.
Selepas bersara dari Mardi, beliau telah menjadi mentor dalam bidang pembuatan makanan di dalam Kelab Usahawan Asas Tani (KUAT) dan menjadi salah seorang tenaga pengajar yang sering mendapat jemputan di Maktab kerjasama Malaysia. Selain itu, Beliau kerap dijemput mengadakan kursus-kursus makanan dan seminar di seluruh Malaysia dan Brunei.



 Lokasi



 Alamat :
BE-LG-2, Jalan Pinggiran 1/4, Taman Pinggiran Putra,
43300 Seri Kembangan, Selangor.



 Perkhidmatan/Produk/Kedua-Duanya

Syarikat Citra Aneka Enterprise adalah sebuah syarikat yang menghasilkan produk dan perkhidmatan. Syarikat ini  menghasilkan pelbagai jenis produk yang berasas makanan dan minuman yang di cipta sendiri oleh pengurus syarikat. Pengurus syarikat iaitu  Hj Mohamed Bin Hussin merupakan bekas pegawai teknologi MARDI ini dapat menghasilkan produk yang berkuali terhadap produknya. Beliau mengaplikasikan pengalaman yang ada semasa bekerja di MARDI dahulu untuk menghasilkan produk yang berkuali. Beliau juga menghasilkan produk berdasarkan formulanya sendiri untuk menghasilkan produk berkualiti dan dapat memenuhi permintaan pengguna. 

Antara produk-produk yang dihasilkan oleh Citra Aneka Enterprise

  1. Pelbagai jenis kordial berperisa seperti oren, anggur, sarsi, manga, laici, strawberi, fruitimir, frutade, asam masim, black current, wintermelon, kiwi, epal hijau, jambu batu merah, ros, markasa, kola biru
  2.  Pelbagai jenis minuman seperti asam jawa, kelapa laut, tongkat ali
  3.  Pelbagai jenis sos seperti sos tomato, sos cili, sos tiram, sos buah-buahan.
  4. Pelbagai jenis hasilan soya seperti minuman, tauhu, taufufah, tempe, kicap
  5. Pelbagai jenis buah-buahan seperti jem nanas, betik, strawberi


Bagi memantapkan operasi Citra Aneka Enterprise menawarkan  perkhidmatan bagi industry makanan iaitu

  1.   Perunding cara perusahaan makanan
  2. Kontran pembuatan produk makanan dan minuman
  3. Menjalankan kursus-kursus amali atau praktikal produk-produk makana  
  4. Pembangunan produk makanan
  5. Membina kilang perusahaan makanan untuk usahawan secara pakej teknologi
  6.  Fabrikasi atau menjual mesin-mesin atau peralatan dan bahan-bahan perusahaan makanan.


Kilang yang dicadangkan perlulah mematuhi garis panduan kilang yang mempunyai Amalan Perkilangan yang Baik (GMP).