Mengenalpasti Strategi Yang Paling Penting
Citra Aneka Enterprise (D’Mas)
Penggunaan
ICT
Ø Dalam era globalisasi sekarang, banyak
usahawan yang menggunakan ict sebagai cara untuk mengusahakan perniagaan masing-masing.
Teknologi maklumat dan komunikasi atau lebih dikenali sebagai ICT (information
and comunication technology) adalah satu set komponen yang saling berhubungan
yang boleh mengumpul memproses, menyimpan
dan mengagihkan maklumat. ICT boleh menarik jumlah
pelanggan yang besar dari seluruh dunia. Citra Aneka Enterprise telah membangunkan
laman webnya dalam internet yang boleh dilayari oleh orang ramai dari
seluruh pelusuk dunia untuk lebih mengenali hasil produk yang ditawarkan
serta beberapa maklumat yang penting sebagai panduan dan memudahkan para
pelanggan.
Ø Selain daripada itu, dengan
menggunakan medium ICT seperti Laman Web, SMS dan juga E-Mail, pihak pengurusan
Citra Aneka Enterprise dapat menjalankan urusan perniagaan dengan lebih capat
dan pantas mengikut keadaan semasa dalam ekonomi baru iaitu ekonomi berteraskan
‘pengetahuan’, kelajuan (speed) dan masa (time). Dengan menggunakan medium ICT
diharap Citra Aneka Enterprise yang melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan
tidak akan ketinggalan samada dari segi capaian maklumat. Berada dua tiga
langkah kehadapan berbanding pesaing adalah kelebihan kepada pemilik perniagaan
yang sedang berjaya.