ANALISIS


ANALISIS STRATEGI SYARIKAT



Menilai Strategi Semasa Yang Dilaksanakan Oleh Syarikat Citra Aneka Enterprise (D’Mas)




Kawalan Mutu.
Ø  Kawalan mutu air minuman adalah penting untuk memastikan mutu air minum yang dibekalkan kepada pelanggan adalah bermutu dan selamat serta mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh kementerian kesihatan Malaysia. Ini adalah bertujuan untuk melindungi pengguna daripada ancaman penyakit-penyakit bawaan air akibat meminum air yang tercemar dan tidak bersih.




Tenaga Mahir.
Ø  Tenaga kerja mahir meliputi tenaga kerja yang mempunyai daya saing, mutu kerja yang berkualiti, seterusnya dapat melahirkan pelapis atau generasi yang mampu melahirkan hasil kerja yang lebih berkualiti dan kompetetif.

Ø  Kini, Malaysia merupakan antara Negara yang mempunyai pasaran tenaga kerja mahir yang terbaik di ASEAN berikutan tenaga kerja tempatan terlatih dan mudah dilatih. Laopran bank dunia juga menunjukkan statistik tenaga kerja tempatan berkurangan di dalam bidang yang melibatkan tenaga kerja kurang mahir. Kerajaan juga berusaha meningkatkan tenaga kerja mahir dengan menyediakan kemudahan kepada mereka menerusi lebih peluang pekerjaan dalam bidang berkemahiran tinggi.




Penjenamaan Produk.
Ø  Penjenamaan (branding) dalam kamus Oxford bermaksud pemberian nama atau imej ke atas barangan atau servis supaya orang tertarik untuk membelinya. Jenama dan penjenamaan adalah salah satu aspek terpenting dalam perniagaan dan kehidupan seharian kita. Proses penjenamaan bermula dengan memilih nama yang baik. Penjenamaan adalah satu sentimen dan perspektif yang diletakkan oleh masyarakat ke atas penrniagaan kita. Tiga unsur utama yang penting dalam satu-satu penjenamaan selepas pemilihan nama adalah dikenali, disukai dan dipercayai.

Ø  Jika tiga unsur ini ada pada satu-satu jenama, maka jenama ini berada di landasan yang betul untuk berjaya. Pelanggan tidak akan teragak-agak untuk membayar lebih jika apa yang mereka akan beli ini tidak mempunyai risiko yang merugikan mereka. Dalam era yang moden, jenama dilihat sebagai satu instrumen yang penting dalam pemasaran sesebuah perniagaan. Jenama adalah satu-satunya cara paling efektif dalam menguasai pasaran sesuatu produk. ini kerana, jenama akan membantu membentuk identiti syarikat dan produk.



Teknologi.

Ø  Perkatataan teknologi yang berasal dari ‘Greek’ ini membawa maksud seni, kemahiran, rekaan yang bermaksud ‘pembelajaran kajian’. Takrifan teknologi ini adalah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan mentah dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Dari sudut ekonomi pula, teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.

Ø  Teknologi yang relevan boleh memberikan impak positif jika digunakan dalam sesebuah perniagaan. Selain menjadi komponen penting dalam pernniagaan, perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Malah, jika penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing samada di peringkat tempatan dan global. 



Penggunaan ICT.

Ø  Penggunaan ICT merupakan kaedah pemasaran yang dijangka dapat memudahkan, mempercepatkan penyaluran maklumat dan hebahan kepada umum iaitu menggunakan internet sebagai media akan menjadi kaedah tambahan kepada kaedah pamasaran perniagaan yang sedia ada. Mengaplikasikan ICT dalam perniagaan adalah antara pemangkin kepada kejayaan dan keberkesanan mana-mana operasi perniagaan.

Ø  Antara kaedah pemasaran maya secara ICT ialah menggunakan laman web, kaedah sebaran SMS, dan menggunakan e-mail. Dengan menggunakan unsur-unsur ICT pemasaran tersebut, pengembangan rangkaian pelanggan yang dijangkakan boleh meningkat dengan mendadak. Ia akan turut juga mengembangkan pemasaran dengan mendadak. Dengan menggunakan kaedah ini, mereka tidak akan ketinggalan, samada dari segi capaian maklumat. Penggunaan kepada ICT perlu menjadi teras kepada perniagaan




Menganalisis Dan Menilai Strategi Yang Sesuai Citra Aneka Enterprise (D’Mas).


Kawalan Mutu.
Ø  Citra Aneka Enterprise amat mementingkan kawalan mutu pengeluaran. Kawalan mutu pengeluaran diamalkan bagi menjamin mutu produk yang dihasilkan sentiasa seragam.
     Amalan ini bermula dari peringkat awal hingga ke peringkat akhir pemprosesan. Secara tidak langsung dapat menarik kepercayaan pelanggan. Selain itu, dapat menjaga nama baik syarikat.

Tenaga Mahir.
Ø  Tenaga mahir adalah satu strategi yang amat penting bagi sesebuah syarikat kerana tanpa tenaga mahir kerja-kerja yang dijalankan itu mungkin tidak mengikut standard atau piawaian yang telah ditetapkan. Oleh kerana pekerja syarikat Citra Aneka Enterprise dikalangan anggota keluarga itu sendiri, secara tidak langsung mewujudkan rasa tanggungjawab mereka untuk bekerja bersungguh-sungguh serta tekun dalam dalam melakukan pemprosesan. Selain itu, kepakaran yang dimiliki oleh pengurus syarikat dalam menjalankan pemprosesan produk kerana beliau merupakan bekas Pegawai Mardi membolehkan pengalaman yang beliau ada digunakan sepenuhnya

 Penjenamaan Produk.
Ø  Citra Aneka Enterprise amat menitik beratkan pelabelan dan pembungkusan. Selain menarik perhatian pelanaggan, label yang digunakan mesti menepati penentuan yang dinyatakan dalam Peraturan Makanan (1989). Label yang digunakan perlu menyatakan butur-butir tentang nama produk, alamat pengeluar, pembungkusan atau pengimport, ramuan bahan yang dugunakan, berat atau isi padu bersih, nisbah pencairan dan tarikh akhir guna. Label ditulis dalam bahasa Melayu kerana makanan diproses di dalam negeri dalam bahasa Melayu. Selain itu, Citra Aneka Enterprise juga menawarkan pembungkusan pukal iaitu untuk kegunaan restoran, hotel atau institusi dengan melebalkan jenema pelanggan itu sendiri.

   Teknologi.
Ø  Citra Aneka Enterprise mempunyai seorang pengurus yang amat pakar dalam mengendalikan serta menghasilkan misin untuk menjalankan pemprosesan produk. Selain daripada menghasilkan produk Citra Aneka Enterprise juga menawarkan jualan misin untuk usahawan yang baru. Secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada Citra Aneka Enterprise untuk menawarkan pakej jualan kepada pelanggan.

 Penggunaan ICT.
Ø Citra Aneka Enterprise telah memcipta laman webnya sendiri iaitu: www.citraaneka.com. Ini memudahkan para pelanggan untuk membuat sebarang tempahan berhubung dengan Citra Aneka Enterprise. Selain itu, memudahkan pelanggan untuk mencari maklumat mengenai Citra Aneka Enterprise berkenaan dengan lokasi, menu produk, melihat gambar di galeri berkenaan Citra Aneka Enterprise bagi memudahkan pelanggan mendapatkan gambaran awal  dan sebagainya. Dengan adanya website Citra Aneka Enterprise, bukan sahaja pelanggan dalam negara boleh membuat tempahan malah para pelanggan yang berada di luar negara juga dapat berhubung dengan Citra Aneka Enterprise dengan mudah.




Mengenalpasti Strategi Yang Paling Penting Citra Aneka Enterprise (D’Mas)



Penggunaan ICT
Ø  Dalam era globalisasi sekarang, banyak usahawan yang menggunakan ict sebagai cara untuk  mengusahakan perniagaan masing-masing. Teknologi maklumat dan komunikasi atau lebih dikenali sebagai ICT (information and comunication technology) adalah satu set komponen yang saling berhubungan yang boleh mengumpul memproses, menyimpan dan mengagihkan maklumat. ICT boleh menarik jumlah pelanggan yang besar dari seluruh dunia. Citra Aneka Enterprise telah membangunkan laman webnya dalam internet yang boleh dilayari oleh orang ramai dari seluruh pelusuk dunia untuk lebih mengenali hasil produk yang ditawarkan serta beberapa maklumat yang penting sebagai panduan dan memudahkan para pelanggan.

Ø  Selain daripada itu, dengan menggunakan medium ICT seperti Laman Web, SMS dan juga E-Mail, pihak pengurusan Citra Aneka Enterprise dapat menjalankan urusan perniagaan dengan lebih capat dan pantas mengikut keadaan semasa dalam ekonomi baru iaitu ekonomi berteraskan ‘pengetahuan’, kelajuan (speed) dan masa (time). Dengan menggunakan medium ICT diharap Citra Aneka Enterprise yang melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan tidak akan ketinggalan samada dari segi capaian maklumat. Berada dua tiga langkah kehadapan berbanding pesaing adalah kelebihan kepada pemilik perniagaan yang sedang berjaya.