STRATEGI UNTUK DILAKSANAKAN


Strategi Yang Dipilih  Untuk Dilaksanakan

Untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan boleh dijalankan dengan meningkatkan kecekapan pengurusan melalui penyebaran internet dan perkembangan teknologi telah mengubah operasi  perniagaan dan membawa dunia  perdagangan ke tahap baru yang lebih efisien dan mudah diakses. Kini, seseorang pengguna boleh menjadi seorang penjual pada masa yang sama. Justeru, Citra Aneka  Enterprise boleh menyediakan peluang kerjasama di antara insan biasa dengan syarikat untuk memasarkan produk masing-masing di platform mereka. Dengan kata lain, laman web  berperanan sebagai perantaraan di mana setiap individu boleh membeli dan menjual apa jua barangan. Ia adalah sebuah pusat yang menawarkan aneka rangkaian produk untuk memenuhi segala keperluan dan kehendak harian.
Bagi meningkatkan prestasi perniagaan dalam jangka masa yang panjang Citra Aneka Enterprise juga perlu melakukan  promosi dimana ia  boleh dilancarkan sebanyak empat kali setahun dengan jualan yang lebih murah terutamanya menjelang musim perayaan seperti perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai dan sebagainya. Pada musim perayaan, pelanggan lebih senang dan mereka boleh bersiar-siar di pasar. Pelanggan boleh menjadi ahli untuk menikmati lebih banyak faedah. Pada hari keahlian,mereka boleh membuat perbelanjaan dan berpeluang untuk memenangi hadiah misteri. Sehubungan dengan itu, beliau juga akan mengurangkan kos operasi untuk meningkatkan prestasi perniagaan dalam jangka masa yang panjang. Beliau boleh membuat kajian yang lebih jelas dan menentukan strategi yang boleh diambil untuk meningkatkan prestasi perniagaannya.

Jualan merupakan faktor penentu keupayaan sesebuah organisasi untuk bertahan dalam perniagaan. Prestasi jualan sepatutnya sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Sekiranya ini tidak berlaku, sesebuah perniagaan itu dianggap sudah tidak mempunyai  daya saing untuk terus kekal dalam dunia perniagaan.  Namun begitu,terdapat pelbagai strategi yang dilaksanakan untuk memenuhi produk tersebut. Bagi Aneka Citra Enterprise, untuk menjual produk iaitu kordial berperisa di kedainya, cara yang lebih berkesan bagi kedai tersebut memilih strategi perniagaan mereka dengan menggunakan internet. Perniagaan dalam internet yang relevan boleh memberikan impak positif jika digunakan dalam sesebuah perniagaan. Selain menjadi komponen penting dalam perniagaan, perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Malah, jika penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing samada di peringkat tempatan dan global. Bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai penggunaan teknologi dalam perniagaan.

Perniagaan  internet merupakan salah satu aktiviti perniagaan yang menggunakan teknologi yang canggih atau lebih dikenali sebagai e-dagang  iaitu melakukan urusan jual beli antara peniaga dengan pengguna melalui Internet. Di Malaysia, aktiviti perniagaan Internet semakin terkenal dan mendapat sambutan pada masa kini, selaras dengan kemajuan pembangunan dan ekonomi negara.
Seiring dengan matlamat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ,perusahaan memproses kordial berperisa perlu juga mengintai  pendekatan yang diguna pakai dalam membangunkan usahawan IKS berteknologi bagi memantapkan lagi perniagaan syarikat dalam  jangka masa panjang dengan melakukan inovasi perkhidmatan seperti berikut:

1.      Inovasi pembangunan  modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran melalui:-
o   latihan teknikal kepada usahawan dan bakal usahawan yang dijalankan di Testbed Teknologi MARDI
o   Penyediaan kemudahan testbed teknologi agar usahawan dapat menimba ilmu dan pengalaman terbaik sebelum terjun ke dalam bidang baru atau melabur dalam teknologi baru
o   Khidmat sokongan teknikal oleh pakar teknologi
o   Pelaksanaan bengkel pemprosesan dan peningkatan mutu kluster produk makanan terpilih
o   Pelaksanaan bengkel perancangan khidmatteknikal usahawan bimbingan mengikut zon sebagai landasan interaksi kumpulan pakar dan usahawan
o   Peningkatan pengetahuan dan kemahiran pegawai pembimbing di lapangan secara berterusan

2.      Inovasi peningkatan keupayaan pengeluaran melalui:-
o   Pengauditan teknologi pengeluaran 
o   Pembangunan sistem pengeluaran merangkumi pemilihan mesin dan peralatan, susunatur kilang serta penambahbaikan premis ke arah perolehan persijilan diiktiraf
o   Pembangunan manual prosedur operasi standard (SOP) bagi setiap produk, mesin danperalatan, premis dan pekerja

3.         Inovasi pembangunan produk.
o   Pembangunan produk baru dan pelbagaian produk sedia ada dijalankan menggunakan kemudahan perkhidmatan di testbed
o   Pengurusan rantaian nilai

4.         Inovasi peningkatan kualit iproduk
o   Bantuan khidmat analisis produk untuk maklumat pemakanan, jangka hayat serta pematuhan akta dan peraturan makanan dengan kos yang minima
o   Pembangunan jenama serta rekabentuk pembungkusan dan pelabelan bagi memastikan produk mereka dikenali dan dapat bersaing di pasaran
o   Bimbingan ke arah perolehan persijilan kualiti diiktiraf (Halal, GMP, HACCP)melalui pembangunan dokumen, input teknikal dan pengauditan dalaman.